Syarahan MABBIM ialah kegiatan bersama antara tiga negara anggota yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun. Tujuan kegiatan syarahan iaitu:
- Pertukaran pakar, tokoh pejuang dan pencinta bahasa antara ketiga-tiga negara anggota
- Memasyarakatkan perkembangan bahasa Melayu/Indonesia dalam kalangan negara anggota.
- Sebagai usaha untuk pengembangan bahasa Melayu/Indonesia melalui syarahan dan perbincangan.
Syarahan akan disampaikan oleh tokoh yang wibawa dalam bidang masing-masing, yang dicalonkan oleh negara anggota. Penyampai syarahan akan menyampaikan syarahannya di ketiga-tiga negara anggota secara bergiliran. Tema syarahan merangkumi pelbagai bidang ilmu yang disesuaikan dengan isu dan keperluan semasa negara anggota MABBIM, yang ditentukan oleh Sidang Eksekutif.
Tahun | Tajuk Syarahan | Penyampai Syarahan | Kertas Syarahan |
---|---|---|---|
2008 | Bahasa Melayu Pengukuh Jati Diri Bangsa dari Perspektif Dunia Korporat | Haji Awang Mohd Zaini bin Haji Awang Omar (Brunei Darussalam) | Muat turun |
2010 | Bahasa dan Pembangunan Karakter Bangsa | Prof. Dr. Multamia R.M.T. Lauder (Indonesia) | Muat turun |
2011 | Keluwesan, Jati Diri, dan Aktiviti Pengantarabangsaan Bahasa Melayu | Dr. Hajah Dayang Fatimah binti Awang Chuchu (Brunei Darussalam) | Muat turun |
2012 | Penyebaran Ilmu dan Penerusan Tamadun Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Prof. Dr. Tengku Mohd bin T. Sembok (Malaysia) | Muat turun |
2013 | Media Jejaring Sosial dalam Pembinaan Bahasa Nasional | Dr. Sugiyono, M.Hum. (Indonesia) | Muat turun |
2014 | Meningkatkan Peranan Bahasa Melayu/Indonesia Sebagai Pengungkap Fikiran Cendekia: Tantangan, Peluang dan Strategi. | Dr. Yabit Alas (Indonesia) | Muat turun |