Gabungan tiga mata pena melambangkan tiga negara anggota MABBIM, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Logo tersebut juga membentuk payung atau tempat bernaung.
Reka bentuk logo menunjukkan ketiga-tiga negara anggota MABBIM seiring dan bekerjasama erat dalam memajukan bidang penyelidikan bahasa, tatabahasa, ejaan dan peristilahan.
Jalur-jalur putih dan warna merah melambangkan MABBIM terus subur berkembang dan gigih memperkasakan bahasa Melayu yang semakin mencabar dalam era teknologi maklumat.
Bulatan kuning pada mata pena bermaksud MABBIM diterajui dan digerakkan oleh mereka yang berwibawa.
Logo ini berkonsepkan kerjasama dan kesepakatan MABBIM sebagai wahana pembinaan dan permasyarakatan bahasa Melayu serantau.