Biodata – Ismail bin Dahaman

Tarikh Lahir
1 Januari 1944

Tempat Lahir
Kedah Darul Aman

Alamat
No 43, Jalan SS19/5F, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Pendidikan Sekolah Rendah
Sekolah Seberang Nyonya, Kuala Kedah (1927-1957)

Sekolah Menengah
  • Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star (1958-1962)
  • Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur (1963-1964)
Institusi Pengajian Tinggi
  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur - B.A. (Linguistik) (1965 – 1967)
  • Universiti Sains Malaysia - M.A. (Bahasa Malaysia) (1986 – 1987)
Jawatan Sekarang
Pengurus Besar, Pusat Bahasa Bijak Bestari
(Menyelenggarakan perkhidmatan kauseling, perundingan dan latihan bahasa serta penerbitan dan pemasaran produk multimedia bahasa Melayu.

Pengalaman Kerja
Bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia selama 30 tahun, antara jawatan yang disandang termasuklah:
  • Pegawai Bahasa di Cawangan Penyelidikan Bahasa (1970 – 1973).
  • Pegawai Penyelidik Kanan/Ketua Bahagian Peristilahan (1974 – 1980).
  • Pegawai Perancang Bahasa Kanan/Ketua Cawangan Pelaksanaan Bahasa (1981 – 1987).
  • Pemangku Pengarah Perancangan Bahasa (1992 – 1993).
  • Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa (1987 – 1995).
  • Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta (1995 – 1996).
  • Pemangku Pengarah Perancangan Bahasa, Jabatan Penyelidikan dan Pengembangan Bahasa (1997 – 1998).
  • Terlibat dalam penyelenggaraan latihan dan kursus bahasa Melayu untuk semua sektor pengguna sejak tahun 1973, termasuk untuk Singapura, Brunei Darussalam, dan mengajar di Korea Selatan.
Karya
  • Bahan-bahan pedoman bahasa terbitan DBP, termasuk pedoman sistem ejaan Rumi, sistem ejaan Jawi, sistem sebutan baku, pedoman pembentukan istilah, sistem tanda baca, gaya penerbitan, dan penyelidikan bahasa. Antara hasil utama ialah Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Jawi-Sebutan Jilid 1 A-K, Jilid 11 L-Z (2001) yang disusun bersama Tuan Haji Manshoor Haji Ahmad; buku Bahasa Kita (1997); buku Nama Khas dan Iklan (1997); buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (bersama Tuan Haji Manshoor Haji Ahmad, 1996); buku Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996); buku Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994); buku Perancangan Bahasa dengan Tumpuan Khusus kepada Ejaan Rumi (DBP 2003 - dalam percetakan).
  • Makalah untuk terbitan jurnal majalah Dewan Bahasa dan majalah Pelita Bahasa serta beberapa majalah dan akhbar yang lain.
Penglibatan dalam Mabbim

Beliau terlibat dengan MABBIM sejak awal penubuhan majlis ini lagi, iaitu sejak Majlis ini ditubuhkan dan dikenali sebagai MBIM (pada waktu itu Majlis ini dianggotai oleh Malaysia dan Indonesia). Sepanjang majlis ini dikenali sebagai MBIM, beliau terlibat sebagai setiausaha, iaitu dari tahun 1974-1980, dan selepas majlis ini dikenali sebagai MABBIM, dengan kemasukan Negara Brunei Darussalam, beliau terus menjadi setiausaha hingga ke tahun 1993. Sepanjang tempoh tersebut, beliau, selaku Setiausaha JKTBM terlibat secara langsung dalam semua Sidang Eksekutif, Sidang Pakar, dan semua mesyuarat serta perundingan yang berkaitan. Beliau juga aktif dalam semua program perancangan bahasa, persidangan, kegiatan dan penerbitan hasil kerja MBIM dan MABBIM secara khusus, dan perancangan dan pengembangan bahasa Melayu secara umum. Beliau juga merupakan penulis lirik lagu MABBIM