Biodata – Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar

Tarikh Lahir
5 Mac 1940

Tempat Lahir
Jitra, Kedah Darul Aman

Alamat Rumah
No.3, Jalan 17/21G, 46400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Pendidikan Sekolah Rendah
  • Sekolah Melayu Jitra, Kedah (1946 – 1949)
  • Kampong Baharu Girls School, Alor Setar (1950 – 1951)
Sekolah Menengah
  • Malay Girls College, Kuala Lumpur
  • Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar (1957 – 1958)
Institusi Pengajian Tinggi
  • Sarjana Muda dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universitas Indonesia, Jakarta, 1961.
  • Sarjana dalam Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia, Universiti Indonesia, Jakarta, 1963.
  • Ph. D. dalam General Linguistics, University of London, 1969.
  • Doktor Persuratan (D. Litt.) Linguistik Melayu, Universiti Malaya, 1998.
Jawatan Sekarang
Profesor dan Penyandang Kursi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, 1 Disember 2001 – 30 November 2003.

Pengalaman Kerja
  1. Jawatan Akademik
    • Penolong Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1963-1966.
    • Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1966 – 1972.
    • Profesor Madya, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1972 – 1976.
    • Profesor Linguistik Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2 Januari 1976 hingga 5 Mac 1995. Bersara pada 5 Mac 1995; dilantik semula mulai 7 Mac 1995 selama 3 tahun. Kontrak baru mulai 9 Mac 1998 selama 2 tahun hingga 8 Mac 2000.
    • Penyelia Tesis peringkat sarjana dan kedoktora (1970 – 2001).
    • Profesor, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 1 Ogos 2001 – 30 November 2003.
    • Profesor dan Penyandang Kursi Peradaban Melayu Za’ba, UPSI, 1 Disember 2001 – 30 November 2003.
    • Profesor Emeritus Bahasa Melayu, Universiti Malaya, Konvokesyen 2000.
  2. Jawatan Pentadbiran
    • Pembantu Akademik kepada Naib Canselor dalam Pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Universiti Malaya, 1969 – 1972.
    • Timbalan Naib Canselor (Perjawatan), Universiti Malaya, Disember 1983 – November 1986.
    • Pengarah Pusat Bahasa, Universiti Malaya, Mac 1972 – November 1983; 1 April 1988 – 31 Mac 1990; 1 April 1990 – 31 Mac 1992; 1 April 1992 – 5 Mac 1997; 7 Mac 1995 – 5 Mac 1998; 9 Mac 1998 – 8 Mac 2000.
    • Pengarah, Institut Peradaban Melayu, UPSI, 1 Disember 2001 – 30 November 2003.
    • Profesor Adjung Sekolah Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, 2001 – 2002.
Kurniaan dan Keahlian Profesional

Banyak menerima kurniaan, antaranya termasuklah Ahli Mangku Negara, 1973; Setia Diraja Kedah, 1979; Dato’ Setia Diraja Kedah, 1983; Anugerah ASANAL (Asian Association on National Languages), sebagai “A Foremost Malaysian Linguist”, 1978; Orde des Palmes Academique, Anugerah Menteri Pelajaran Perancis, 1989; Grata Home Nagem, Anugerah Institute Portuguese Do Oriente, Macau, 1990; Boss of the Year 1992/1993; Persatuan Setiausaha Malaysia, 1992; Anugerah “Woman of the Year 1998” oleh American Biographical Institute; Anugerah Avon – Tan sri Fatimah (Kategori Pendidikan), 1995; Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaysia, 1998; Anugerah ‘20th CAA Silver Medal of Honor’ International Biographical Centre, 1999; Anugerah Bahasa Raja Nazrin Shah Yang Pertama, oleh Persatuan Bahasa Moden, 1996; dan Anugerah ‘Tokoh Ilmuwan Bahasa’, DBP 2001.

Beliau juga pernah mendapat penghargaan daripada Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Profesor Dr. Fuad Hasan, pada 5 Februari 1993 atas jasa mengembangkan MABBIM dan penghargaan daripada Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Mac 1995 atas jasa dalam pembinaan dan pengembangan bahasa MBIM dan MABBIM

Banyak mendapat pengiktirafan, sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa sebagai Pensyarah/Profesor Pelawat, Pemeriksa/Penilai Luar, Perunding dan sebagai anggota pengarang.

Karya
Telah menghasilkan puluhan buah buku mengenai bahasa dan linguistik, ratusan makalah dan kertas kerja yang sebahagiannya diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa, antaranya termasuklah:
  • Morfologi – Sintaksis Bahasa melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia: Satu Perbandingan Pola (1968).
  • The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description (1969).
  • Essays on Malaysian Linguistics, (1975 & 1993).
  • Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan (1978).
  • Nahu Melayu Mutakhir (1980, 1982 & 1992).
  • The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages (1993).
  • Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu (1986 & 1988).
  • Bahasa Malaysia Saintifik (1987).
  • Malay in its Sociocultural Context (1988).
  • Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk (1995).
  • Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan (2001).
  • Setia dan Santun Bahasa (2002).
Penglibatan dalam MABBIM
  • Telah menjadi Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) sebelum MBIM, yakni semasa permulaan kerjasama kebahasaan dengan Indonesia, yang akhirnya menghasilkan Sistem Ejaan Bersama yang dilancarkan serentak di Kuala Lumpur oleh Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia waktu itu), dan di Jakarta oleh Presiden Soeharto, pada 16 Ogos 1972).
  • Menganggotai Ahli JKTBM, dan serentak dengan itu menganggotai MBIM/MABBIM sebagai Ahli Majlis dalam Kelompok Eksekutif.
  • Beliau terlibat dalam pembentukan/penggubalan:
    1. Pedoman Sistem Ejaan Bersama.
    2. Pedoman Pembentukan Istilah, yang dilancarkan serentak di Kuala Lumpur dan Jakarta pada 30 Ogos 1975.
    3. Panduan Penyusunan Kamus Istilah.
    4. Pedoman-pedoman khas dalam Pembentukan Istilah khususnya apabila menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Istilah Sains dan Sains Terapan di peringkat Malaysia.