Biodata – Dato Paduka Haji Mahmud Haji Bakyr

Tarikh Lahir
1939

Tempat Lahir
Kampung Pekilong Muara, Brunei Darussalam

Pendidikan
  • Melayu/Inggeris
  • Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya
Jawatan Sekarang
Pegawai Tugas-Tugas Khas

Kerjaya
  • Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1977 – 1980) dan (1992 – 1994)
  • Pemangku Pengarah Pesuruhjaya Kemajuan Kerjamasa (1980 – 1984)
  • Pengawal Stor dan Perbekalan Negara (1984 – 1988)
  • Pengerusi Nasional Asean-COCI mulai 1989 hingga sekarang
  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD) (1992 – 1994)
  • Penyelaras Projek Penyusunan Kamus Tiga Negara
  • Pengerusi Sekretariat projek Muzium Peringatan Almarhum
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pakar Rujuk Ejaan Jawi
  • Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD)
Karya
  • Cerpen dan Puisi (Terbitan dalam Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei)
  • Main Catur Permainan Diraja (Buku)
  • Menulis lirik lagu kanak-kanak
Penglibatan dalam MABBIM

Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin Haji Bakyr, menjadi ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD) pada tahun 1985 yakni sejajar dengan kemasukan Negara Brunei Darussalam menjadi ahli penuh MABBIM. Beliau menjadi Pengerusi JKTBMD pada 23 April – 17 September 1994 dan ahli hingga sekarang. Beliau pernah mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Sidang Eksekutif dan Pakar MABBIM sebagai Ketua dan Ahli Perwakilan, beliau juga merupakan pengantara Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengenai dengan dasar-dasar MABBIM.