Biodata – Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin

Tarikh Lahir
31 Mac 1949

Alamat Pejabat
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam

Pendidikan
  • Melayu/Inggeris
  • Sarjana Muda Pendidikan (BA. (Hons) Universiti Malaya
  • Diploma Pendidikan Universiti Malaya
Kerjaya
  • Penolong Pensyarah Pusat Tingkatan Enam
  • Timbalan pengetua I Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) (1984 - 1989)
  • Pegawai Bahasa Kanan (1989 – 1997)
  • Pemangku Timbalan Pengarah (1998 – 2001)
  • Pemangku Pengarah (2002 hingga sekarang)
  • Ahli Jawatankuasa ASEAN COCI (1989 hingga sekarang)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam
  • Mengetuai Bahagian Sastera (1989 – 1994)
  • Mengetuai Bahagian Pentadbiran dan Operasi (1995 – 1997)
Karya
Puisi, cerpen, dan esei.

Penglibatan dalam MABBIM

Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin aktif dalam bidang kebahasaan dan Kesusasteraan. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Istilah pelbagai bidang yang aktif. Beliau mengaggotai Jawatankuasa Istilah sebagai pengerusi dan Pendamping Bahasa. Sumbangan beliau dalam bidang peristilahan bahasa Melayu/Indonesia tidak dapat dinafikan khususnya MABBIM. Beliau mewakili Negara Brunei Darussalam ke Sidang Eksekutif dan pakar MABBIM sebagai ketua dan Ahli Perwakilan Sidang.