Biodata – Tun Datuk Dr. Hussein Onn

Tarikh Lahir
12 Februari 1922

Tempat Lahir
Johor, Persekutuan Tanah Melayu

Status
Berkahwin dengan Tun Suhaila Tan Sri Mohd. Noah dan mempunyai enam orang anak. Alamat
19, Changkat Tunku, 50480 Kuala Lumpur

Pendidikan
  • English College, Johor Bahru
  • Akademi Tentera, Dehra Dunn, India (1940)
  • Barrister-at-Law, Lincoln's Inn, London (1956)
Kelayakan Profesional
Peguam

Kerjaya
  • Pegawai Angkatan Tentera, Johore Military Forces
  • Berkhidmat dalam Angkatan tentera India Regimen Hyderabad ke-19, dan Cawangan Perisik dalam Angkatan Tentera New Delhi HQ.
  • Komandan, Polis Depot, Johor Bahru.
  • Meninggalkan angkatan tentera, dan menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (1949)
  • Penolong Pegawai Daerah, Kuala Selangor dan Klang (1950)
  • Dilantik sebgai ahli parlimen Johor Bahru Timur dan calon UMNO.
  • Menteri Pendidikan (1970-1973)
  • Dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO (1973) dan (1975)
  • Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri (1970-1976)
  • Wakil Parlimen Sri Gading, Johor (1974 dan 1978)
  • Pemangku Presiden UMNO (Januari 1976- September 1978)
  • Perdana Menteri, Malaysia (Januari 1976- 1981)
  • Presiden UMNO (15 September 1978)
  • Penasihat PETRONAS
Penghormatan Dan Anugerah
  • SMN (1968), DP (1979), DK (Kelantan), SPCCM (1976), DUPN (1976)
  • Setiausaha Agung UMNO yang pertama
  • Doctor of Law & Public Science, Universiti Ohio, Amerika Syarikat
  • Kelas Pertama, Order of the Rising Sun, Jepun (1982)
Penglibatan Dalam MABBIM

Allahyarham Tun Hussein Onn telah melahirkan gagasan awal Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM) semasa Allahyarham menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia 1972. Allahyarham yang telah menandatangani Pernyataan Bersama bersama-sama Bapak Mashuri S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia pada 23 Mei 1972, di Jakarta, Indonesia. Hasil daripada Pernyataan tersebut, maka lahirlah sebuah majlis bahasa yang dinamai Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM) yang memainkan peranan penting memajukan bahasa Melayu di kedua-dua negara. Majlis ini kemudiannya dinamakan Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia (MABBIM), apabila Negara Brunei Darussalam menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985.