Biodata – Mashuri Saleh

Tarikh Lahir
19 Julai 1925

Tempat Lahir
Pati, Jawa Tengah

Alamat
Jalan Haji Agus Salim 96, Jakarta Pusat, Indonesia

Pendidikan
Fakultas Hukum, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta

Kerjaya
  • Guru SMA dan SMEA di Yogyakarta (1953-1956)
  • Ketua PERSAHI
  • Direktur Jenderal Pendidikan Tinggi (1967)
  • Menteri Pendidikan dan Kebudayaan (1968 - 1973)
  • Menteri Penerangan (1973 - 1978)
  • Wakil Ketua DPR/MPR (1978-1983)
Penglibatan Dalam MABBIM

Bapak Mashuri S.H. telah melahirkan gagasan awal penubuhan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM) semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia pada tahun 1972. Bapak Mashuri S.H. telah menandatangani Perjanjian Bersama bersama-sama Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia pada 23 Mei 1972, di Jakarta, Indoensia.

Hasil daripada Pernyataan tersebut, maka lahirlah sebuah majlis bahasa yang dinamai Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM) yang memainkan peranan penting memajukan bahasa Melayu ini kemudiannya dinamakan Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia (MABBIM), apabila Negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985.