Piagam

Piagam merujuk kepada surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar). Pada 11 Jun 1987, Piagam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) digubal dan ditandatangani oleh Ketua Perwakilan negara MABBIM, yang disaksikan oleh Duta Malaysia dan Duta Negara Brunei Darussalam dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Piagam ini bertujuan untuk memperkukuhkan semangat”kebersamaan dan persaudaraan antara negara anggota” yang telah dibentuk melalui pengalaman MBIM/MABBIM sejak tahun 1972.

Lihat Piagam (dokumen)