Anugerah Khas MABBIM

Sempena Sidang Ke-40 Mabbim yang diadakan pada 12 – 16 Mac 2001 di Johor Bahru, Malaysia, Anugerah Khas Mabbim diberikan kepada tokoh yang paling lama menjadi Ketua Perwakilan/Perutusan negara masing-masing ke Sidang Mabbim. Bagi Malaysia dan Indonesia, tempoh yang diambil kira ialah dari Sidang Pertama, iaitu dari tahun 1972, manakala bagi Negara Brunei Darussalam ialah dari Sidang Ke -24, pada tahun 1985. Tokoh yang menerima anugerah ini ialah:



Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman


Dato' Dr. Hassan Ahmad


Prof. Dr. Amran Halim

Sempena Sidang Ke-42 Mabbim dan Sambutan 30 Tahun Mabbim yang diadakan pada 9 – 13 Mac 2002 di Negara Brunei Darussalam, Anugerah Khas Mabbim diberikan kepada individu yang paling lama menjadi setiausaha atau ahli Mabbim negara masing-masing ke Sidang Mabbim. Anugerah ini diberikan kepada individu yang berkhidmat, minimumnya 10 tahun dalam usaha pengembangan Mabbim. Tokoh yang menerima anugerah ini ialah:



Awang Hanafiah Haji Awang Zaini


Drs. Hasjmi Dini


Ismail Dahaman