Anugerah Kencana MABBIM

Kencana bererti emas. Sesuatu yang tinggi mutunya, mulia, berharga dan bernilai ialah makna kiasan bagi kata emas. Wadah MBIM/MABBIM merupakan sebuah majlis bahasa yang amat unik, mulia, lagi bernilai bagi penutur bahasa Melayu/Indonesia. Individu yang telah mencetuskan gagasan awal penubuhan wadah bahasa ini perlu dikenang dan diberi penghargaan yang tinggi oleh ketiga-tiga negara anggota MABBIM kerana melalui majlis bahasa inilah bahasa yang asalnya serumpun dapat dibina dan dikembangkan sebagai bahasa ilmu di rantau ini.

Sempena Sambutan 25 Tahun MABBIM, iaitu pada Sidang Ke -37 di Terengganu, Malaysia, ANUGERAH KENCANA MABBIM diwujudkan bagi menghargai individu (dari ketiga-tiga negara anggota) yang telah berjasa ini kepada perkembangan bahasa Melayu/Indonesia.



Mashuri Saleh S.H


Tun Datuk Dr. Hussein Onn


Dato Paduka Haji Ahmad Kadi