Syarahan MABBIM

Syarahan MABBIM ialah kegiatan bersama antara tiga negara anggota yang dilaksanakan secara berkala setiap tahun. Tujuan kegiatan syarahan iaitu:

  1. Pertukaran pakar, tokoh pejuang dan pencinta bahasa antara ketiga-tiga negara anggota
  2. Memasyarakatkan perkembangan bahasa Melayu/Indonesia dalam kalangan negara anggota.
  3. Sebagai usaha untuk pengembangan bahasa Melayu/Indonesia melalui syarahan dan perbincangan.

Syarahan akan disampaikan oleh tokoh yang wibawa dalam bidang masing-masing, yang dicalonkan oleh negara anggota. Penyampai syarahan akan menyampaikan syarahannya di ketiga-tiga negara anggota secara bergiliran. Tema syarahan merangkumi pelbagai bidang ilmu yang disesuaikan dengan isu dan keperluan semasa negara anggota MABBIM, yang ditentukan oleh Sidang Eksekutif.

TahunTajuk SyarahanPenyampai SyarahanKertas Syarahan
2008Bahasa Melayu Pengukuh Jati Diri Bangsa dari Perspektif Dunia KorporatHaji Awang Mohd Zaini bin Haji Awang Omar (Brunei Darussalam) Muat turun
2010Bahasa dan Pembangunan Karakter Bangsa Prof. Dr. Multamia R.M.T. Lauder (Indonesia) Muat turun
2011Keluwesan, Jati Diri, dan Aktiviti Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Dr. Hajah Dayang Fatimah binti Awang Chuchu (Brunei Darussalam) Muat turun
2012Penyebaran Ilmu dan Penerusan Tamadun Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi Prof. Dr. Tengku Mohd bin T. Sembok (Malaysia) Muat turun
2013Media Jejaring Sosial dalam Pembinaan Bahasa Nasional Dr. Sugiyono, M.Hum. (Indonesia) Muat turun
2014Meningkatkan Peranan Bahasa Melayu/Indonesia Sebagai Pengungkap Fikiran Cendekia: Tantangan, Peluang dan Strategi.Dr. Yabit Alas (Indonesia)Muat turun