Lagu

Gema hasrat warga
Sama cita rasa
Jejak mengimbau rampak serantau
MABBIM wadah kita

Nusa bersaudara
Sama tutur kata
Rumpun sedarah penghimpun madah
MABBIM citra basa

Tabah mencerna khazanah ilmu
Gagah membina peradaban
Penggerak warisan pemacu wawasan
Agung bahasaku

Teguh mengukir harapan zaman
Kukuh menjadi ikatan
Bestari bahasa lestari budaya
MABBIM maju jaya

Lagu: Haji Mahzan Manan
Lirik: Ismail Dahaman